12 Januari 2020: USRAH RAUDHAH
Antara objektif utama
pelaksanaan program usrah adalah untuk saling taaruf antara ahli usrah, nasihat
menasihati dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Usrah Raudhah di jalankan
pada setiap Ahad dua kali sebulan. Pengisian usrah adalah pemantapan sahsiah
unggul murid dengan menggunakan 4 modul SUMUR yang dibekalkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia, Bahagian Pendidikan Islam.
Modul 1: Berbudi Bahasa
(Feb-Mac)
Modul 2: Mutadayyin(April-Mei)
Modul 3: Penampilan Diri(Jun-Julai)
Modul 4: Jati Diri: Ogos-September).
Usrah dikendalikan oleh seorang atau dua
orang Murabbi dengan dibantu oleh Naqib dan Naqibah yang dilantik. Sebagai penutup usrah, wakil pelajar akan dijemput untuk membuat
khulasah kepada pengisian usrah pada hari berkenaan.
Usrah Raudhah tamat pada
jam 8.20 pagi.
0 Comments