WATIKAH PELANTIKAN MURABBI, NAQIB & NAQIBAH USRAH RAUDHAH



23 Februari tepat jam 7.30 pagi, majlis penyampaian Watikah Pelantikan Murabbi, Naqib & naqibah usrah Raudhah(SUMUR) 2020. Pengacara Majlis adalah dari kalangan pelajar iaitu, Fariha binti Razali(3 AF), Nur Imanina binti Amre (4 AF) dan dibantu oleh Zulhafiz Hakimi bin Zulkifli (4 AJ) sebagai juruteknikal. Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Abdus Salam bin Mohd Nasir (5 AJ). Seramai 16 orang Naqib mewakili 16 kumpulan usrah putera dan 26 Naqibah mewakili 26 kumpulan usrah puteri. Setiap kumpulan usrah akan disusun bersama seorang atau dua orang Murabbi bertujuan untuk menyelia dan menyelaras kumpulan usrah berkenaan secara sistematik. Majlis disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Dr. Wan Mohd Zuhairi bin Wan Abdullah. Majlis tamat tepat jam 8.50 pagi.





Murabbi bersama Kumpulan Usrah 

Ucapan Perasmian oleh Tuan Pengetua SMKA Lati, Dr. Wan Mohd Zuhairi bin Wan Abdullah 





 
                    Penyerahan watikah pelantikan kepada Murabbi dan Naqib









Penyerahan watikah pelantikan kepada Murabbi dan Naqibah

Post a Comment

0 Comments