KURSUS PELAKSANAAN UJIAN SEGAK

 09 MAC 2020 : KURSUS PELAKSANAAN UJIAN SEGAK 

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) adalah satu bateri ujian standard kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan. SEGAK dilaksanakan secara pentaksiran sekolah dan skor murid direkodkan. Pelaporan SEGAK memberi maklum balas kepada murid, guru, pentadbir sekolah, ibu bapa, dan pihak berkepentingan tentang tahap kecergasan fizikal murid. Melalui maklum balas tersebut tindakan susulan dapat dirancang dan dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal seseorang murid. SEGAK yang dijalankan secara sistematik wajib dijalankan dua kali setahun pada bulan Mac dan Ogos serta diharap dapat memotivasikan murid untuk mengamalkan cara hidup aktif dan sihat selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Melalui SEGAK murid dilatih supaya lebih bertanggungjawab dalam membina masyarakat yang sihat, cergas,bersatu padu, dan harmoni ke arah mencapai kesejahteraan negara. Kursus dikendalikan oleh EN. AZAIRUDDIN BIN ABD AZIZ. Ketua Panitia PJPK SMKA Lati. Sasaran kursus adalah semua Guru PJPK dan semua pelajar tingkatan 4 dan 5 tahun 2020.








Post a Comment

0 Comments